'Suamiku Rupa-Rupanya Wanita!'
BAYOLALI, INDONESIA - Seorang wanita tidak menyangka bahawa 'lelaki' yang
dikahwininya beberapa bulan yang lalu rupa-rupanya adalah seorang
wanita.
Lapor Jakarta Post, Heniyati, 25, hanya mengetahui identiti sebenar
suaminya, Efendi Saputra (Suwarti), 40, selepas tiga bulan hidup sebagai
suami isteri.
"Dia memalsukan semua dokumen untuk perkahwinan termasuk menukar nama dan
jantina dari wanita kepada lelaki. Saya dan keluarga saya telah ditipu dan
malu!" kata salah seorang ahli keluarga Heniyati.
Difahamkan, pasangan itu berkenalan sejak akhir 2015 lalu. Sepanjang
perkenalan itu, Efendi mendakwa dirinya bekerja sebagai anggota polis.
Heniyati percaya berikutan Efendi berpenampilan seperti lelaki dengan
potongan rambut pendek seperti polis.
Selepas enam bulan bercinta, akhirnya mereka bersetuju untuk berkahwin.
Namun selepas berkahwin, Heniyati mula mencurigai Efendi yang enggan
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami, malah enggan 'bersama' ketika
dipinta.
Keraguan itu membuatkan Heniyati mula menyiasat identiti suaminya
sehinggalah terjumpa kad pengenalan Efendi yang tertera nama seorang
wanita bernama Suwarti.
Berikutan itu, Heniyati dan keluarganya membuat laporan
polis.
Ketua Polis Bayolali, Adj Sr Cmr Agung Suyono mengesahkan menerima
laporan itu dan Efendi telah ditahan untuk membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati Suwarti telah memalsukan semua dokumen
peribadinya untuk urusan lesen perkahwinannya.
"Kami masih menyoal siasat beliau untuk mengetahui motifnya melakukan
perbuatan itu dan beliau akan didakwa di atas kesalahan menipu dan
pemalsuan dokumen.