Lelaki tiba-tiba lumpuh selepas baring dan bermain game di telefon pintarnya setiap hari
Seorang lelaki berusia 40 tahun dimasukkan ke hospital selepas dia
didapati lumpuh secara tiba-tiba yang dipercayai berpunca dari masalah di
bahagian lehernya, lapor portal Sohu.
Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Wang dari Chengdu, China,
mempunyai tabiat baring di katilnya selepas seharian bekerja dan bermain
permainan digital di telefon pintarnya selama dua ke tiga jam setiap
hari.
Satu hari, Wang menyedari badannya tidak dapat menggerakkan badannya dari
bahagian perut ke bawah
Wang kemudian dihantar ke hospital dan doktor segera melakukan
pemeriksaan dan pembedahan kecemasan terhadapnya.
Laporan awal perubatan mendapati, Wang menderita cervical spondylosis
(sakit tulang leher) yang menjejaskan tulang belakang serviks. Ia boleh
menyebabkan penyempitan ruang yang diperlukan saraf tunjang dan akar saraf
yang melalui tulang belakang seluruh badan.
Keadaan seperti ini biasa terjadi pada golongan warga tua. Namun untuk
Wang, ia berlaku dengan pantas kerana pekerjaannya memerlukan dia sentiasa
menundukkan kepala dan membengkokkan lehernya.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila Wang kerap baring bermainan
permainan di telefon pintarnya selama beberapa jam.
Doktor berkata, rupa-rupanya Wang telah mengalami rasa tidak selesa dan
sakit di bahagian lehernya sudah sekian lama. Keadaan itu juga menyebabkan
dia mengalami kesukaran untuk berjalan dan berdiri.
Keadaan ini berlaku kerana beberapa hari sebelum kejadian, Wang telah
menangguhkan pemeriksaan perubatannya dan ketika menjalani pemeriksaan,
dia secara tiba-tiba lumpuh separuh badan.
Doktor telah menjalankan pembedahan kecemasan pada Wang dan dia kini
dilaporkan semakin pulih. Walau bagaimanapun doktor tidak pasti sama ada
badan wang akan mampu pulih sepenuhnya.