Remaja g4ntung diri selepas dipaksa berkahwin dengan bekas kakak iparnya
Seorang remaja berumur 15 tahun mengambil keputusan untuk menamatkan
riwayatnya dengan selepas dipaksa keluarga untuk berkahwin dengan bekas
isteri kepada mendiang abangnya, lapor Daily Mail.
Mahadev Das, menggantung dirinya sehingga mati, dua jam selepas berkahwin
dengan Ruby Devi, 25 tahun, dalam majlis perkahwinan yang berlangsung pada
Isnin lalu di Gaya, Bihar, India.
Lapor Hindustan Times, Mahadev telah keluar dari rumahnya selepas selesai
majlis tersebut dan menggantung dirinya dengan tuala pada jam 7
petang.
Bapa mangsa, Chandreshwar Das, 80, berkata, anaknya tidak rela berkahwin
dengan ibu kepada dua orang anak yang pernah menjaganya sejak dari kecil
dan menganggap Mahadev seperti anaknya sendiri.
Difahamkan, mendiang Santosh Kumar Das, meninggal dunia akibat terkena
renjatan elektrik semasa bekerja. Ekoran kematiannya itu, syarikat
tempatnya bekerja telah membayar pampasan sebanyak Rs80,000 (RM5,080)
kepada Chandreshwar.
Bagaimanapun, ibu bapa Ruby menuntut keluarga bekas menantu mereka
menyerahkan kesemua wang pampasan itu sebagai ganti rugi wang hantaran
perkahwinan atau mengahwinkan adik mendiang Santosh dengan
Ruby.
"Saya telah membayar Rs27,000 (RM1,714) ke akaun mereka dan memberi
jaminan akan memindahkan bakinya kemudian. Tetapi mereka mendesak saya
berkali-kali untuk menyerahkan duit itu atau mengahwinkan anak saya dengan
Ruby," kata Chandreshwar.
Pihak polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan kedua-dua keluarga
terbabit berkemungkinan akan didakwa kerana terbabit dalam perkahwinan
bawah umur.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Perkahwinan kanak-kanak adalah dilarang di negara India, namun ada
segelintir penduduknya masih mengamalkannya dan kebanyakan melibatkan
remaja perempuan.
Dalam laporan UN 2005 menyatakan, 30 peratus remaja perempuan seawal usia
15 ke 19 tahun telah mendirikan rumah tangga di India, manakala empat
peratus lagi adalah remaja lelaki.
Menurut undang-undang di negara itu, seseorang lelaki itu haruslah
berumur 21 untuk berkahwin, manakala perempuan berusia 18 tahun.