'Semoga Tuhan murahkan rezekinya' - Netizen tersentuh melihat kegigihan si penjual aiskrim ini di laut
Kegigihan seorang penjual aiskrim yang menjual jualannya di tengah
lautan di Lian, Filipina membuatkan ribuan netizen tersentuh dan kagum
dengan kesungguhan mencari rezeki sehingga terpaksa melakukan suatu
perkara yang luar biasa.
Kisah dan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Abbey An
Hernandez di Facebooknya, menceritakan betapa hatinya tersentuh
melihat kegigihan lelaki berusia itu menjual aiskrimnya demi mencari
sesuap nasi.
"Apabila saya mula melihat dia mula menjualnya, terus saya membeli
aiskrimnya," katanya.
Perkongsian Abbey itu disukai 36,000 pengguna Facebook dan telah
dikongsi semula lebih dari 37,000 kali.
"Lebih besar maruah diri daripada orang yang merompak. Duit mahu tetapi
kerja tak mahu. Harap-harap para peragut, perompak, penyamun, penipu
baca kisah lelaki ini." - Marwenddy Enddy
Related:
"Semoga Allah mempermudahkan usahanya. Biarpun andai dia bukan Islam,
tetapi tetap hambaNya." - Cik Zah Azizah
Subhanallah, ada orang yang lebih susah dari kita. Semoga Allah
murahkan rezeki hambaNya." - Jamlos Sanip
Hargai dan bersyukurlah dengan pekerjaan kita lakukan hari ini, yang
masih diberi peluang untuk bekerja berbanding mereka yang sukar mencari
pekerjaan.