Suami Dirotan Oleh Isteri Berkali-Kali Kerana Enggan Penuhi Tuntutan Batin Isteri 7-10 Kali Sehari
KLANG, SELANGOR - Gara-gara enggan memenuhi kehendak nafsu serakah
isteri, seorang lelaki cedera dirotan oleh wanita terbabit dalam kejadian
baru-baru ini, lapor China Press.
Mangsa berusia 32 tahun yang juga pekerja di sebuah kilang di Klang
dipaksa untuk memuaskan nafsu isterinya sebanyak tujuh hingga sepuluh kali
sehari. Mangsa tidak dapat menolak permintaan wanita terbabit biarpun dia
memberikan alasan bahawa dia penat setelah pulang dari tempat
kerja.
Jika mangsa menolak untuk melakukan hubungan seks, mangsa akan dipaksa
melutut dan menerima hukuman di mana wanita itu akan merontan badan mangsa
berkali-kali.
Bagaimanapun setelah bertahan selama beberapa tahun, akhirnya mangsa
sudah tidak dapat bertahan dari terus menjadi mangsa keganasan rumah
tangga lalu bercadang meminta bantuan dari luar.
Mangsa telah mendapatkan pertolongan dari pengasas Community Policing
Malaysia, Kuan Chee Heng, kerana dia sudah tidak dapat bertahan dari terus
menjadi mangsa kepada isterinya sendiri.
Kuan berkata, pekerja kilang dan isterinya berusia 31 tahun itu yang
merupakan suri rumah sepenuh masa, mempunyai beberapa orang anak dan
apabila dia didatangi lelaki itu yang menunjukkan bekas atau kesan rotan
di seluruh badan dan punggungnya.
Menurut mangsa, dia enggan membuat laporan polis kerana dia berasa malu
dan mahu menjaga nama keluarganya. Kuan menasihatkan mangsa untuk
berbincang dengan isterinya dan membawa dia untuk mendapatkan rawatan atau
kaunseling.
Kuan juga berkata, dalam tahun ini saja dia telah menerima tujuh hingga
lapan laporan suami didera tetapi kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana
mangsa malu untuk berbuat demikian. Majoriti mangsa berusia dari 30-an
hingga 40-an dan pernah juga menerima aduan dari lelaki berusia 50
tahun.
Katanya lagi, pernah berlaku satu kes di mana isteri menggunakan pisau
untuk mengugut suami.