"Dia Hanya Layak Tengok Sampah Saja..", Cleaner Ini Dihina Oleh Oleh Pengguna Instagram Sekali Ini Yang Cleaner Dapat..
ARAB SAUDI - Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh menerima
pelbagai hadiah selepas gambarnya merenung barang kemas di sebuah kedai
dihina tersebar di media sosial, lapor Daily Mail.
Nazer al-Islam Abdul Karim, 65, yang bekerja di Riyadh telah dihina oleh
seorang pengguna Instagram yang memuat naik gambarnya dengan
kapsyen,
"Orang ini hanya layak memandang sampah sahaja,"
Seorang lelaki, Abdullah Al-Qahtani yang mempunyai akaun Twitter bernama
@Ensaneyat (kemanusiaan dalam bahasa Arab) tampil mencari lelaki itu bagi
memberikan sokongan.
Tweet Al-Qahtani itu telah dikongsi sebanyak 6,500 kali dan akhirnya
lokasi lelaki warga Bangladesh itu dapat dikesan berdasarkan pantulan
latar belakang premis pada tingkap kedai barang kemas
berkenaan.
Nazer yang berpendapatan 700 riyal (RM836.97) di Riyadh berkata, dia
tidak menyedari gambarnya merenung barang kemas itu dirakam.
"Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai tukang cuci di bandar ini dan
ternampak sebuah kedai barang kemas, lalu melihatnya saja-saja. Saya amat
gembira dengan hadiah yang diberi ini dan amat berterima kasih," katanya
kepada CNN.
Al-Qahtani, 38, menjelaskan bahawa wang masih dihantar kepada Nazer
berserta beras dan madu, tiket penerbangan untuk Nazer pulang ke
Bangladesh dan dua buah telefon bimbit, iPhone 7 dan Samsung
Galaxy.
Pengguna media sosial terutamanya warga Arab Saudi di Twitter telah
berikrar akan terus menghantar hadiah kepada Karim termasuk seorang
pengugna yang mahu memberinya 2,000 riyal (RM2,391.35).
Setelah Nazer ditemui, seorang eksekutif di saluran sukan Saudi juga
memuat naik video Snapchat yang menunjukkan dia memilih satu set barang
kemas. Beliau juga memuat naik gambar Nazer dengan hadiah barunya
itu.
Al-Qahtani memaklumkan kepada CNN bahawa beliau kagum dengan usaha yang
dilakukan oleh netizen untuk mencari lelaki itu dan ramai individu yang
prihatin dan baik hati telah tampil membantu Nazer.