Bayi Mati Kelaparan Selepas Ibu Bapanya Mati 'Overdose' Dadah
PENNSYLVANIA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang bayi perempuan mati kelaparan
selepas ibu bapanya maut akibat pengambilan dadah heroin secara
berlebihan, lapor Daily Mail.
Jason Chambers, 27 dan teman wanitanya, chelsea Cardaro, 19, serta bayi
perempuan, Summer, 5 bulan ditemui mati di kediaman mereka di Kernville,
Khamis lalu.
Koroner Jeffrey Lees berkata, pasangan itu telah mati hampir seminggu
apabila mayat mereka ditemui pada Khamis. Laporan autopsi mengesahkan,
bayi mereka mati selepas beberapa hari kemudian akibat dehidrasi dan
kelaparan.
Chambers ditemui di ruang tamu di bawah, manakala Cardaro ditemui di
bilik mandu tingkat atas, sementara itu bayi mereka ditemui dalam katil
bayi, juga ditingkat atas.
Pasangan berkenaan mati dalam beberapa minit antara satu sama lain
selepas mereka gagal meminta bantuan. Ujian toksikologi masih dijalankan
dan dijangka siap dalam enam atau lapan minggu kemudian.
Pihak berkuasa berkata, meskipun dakwaan pasangan berkenaan mati akibat
pengambilan dadah secara berlebihan belum disahkan, namun dadah ditemui di
tempat kejadian.
Sementara itu jiran berhampiran tidak mengetahui kejadian itu dan
menyangka keluarga berkenaan ke luar bandar kerana mereka tidak kelihatan
semenjak 11 Disember.
Pada 14 Disember, Cardaro memuat naik gambar bersama pasangannya di laman
sosial dengan kapsyen, 'The one and only my love of my life'.