Bapa dipenjara 40 tahun kerana bvnvh pencabul anaknya
ALABAMA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang bapa dipenjara dijatuhkan hukuman
penjara selama 40 tahun kerana membunuh seorang lelaki yang mencabul
anaknya.
Jay Maynor, 43, menembak mati pelaku yang mencabul anak perempuannya
ketika dia kecil kerana tidak tahan melihat penderitaan yang masih
ditanggung anaknya, Julia Maynor, walaupun selepas berbelas tahun insiden
itu berlaku.
Pada tahun kejadian itu berlaku, Julia baru berusia 4 tahun ketika
dicabul oleh bapa angkat kepada ibunya, Raymond Earl Brooks.
Raymond yang juga datuk angkatnya itu mendera Julia beberapa kali
sehingga mangsa berusia 8 tahun. Raymond cuba menyakinkan Julia percaya
bahawa perbuatannya itu adalah normal dan memberitahu dia adalah istimewa.
Namun Julia tetap memberanikan dirinya bersuara dan melaporkan kejadian
itu kepada pihak polis.
Pada tahun 2002, Raymond didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah di atas
tuduhan menyalahguna Julia secara seksual. Raymond hanya dipenjarakan
selama 2 tahun 3 bulan daripada 5 tahun hukuman penjara yang dikenakan
terhadapnya dan dibebaskan dengan parol.
Raymond membayar denda dan didaftarkan sebagai pesalah seks dan selepas
bebas, Raymond tinggal di Alabama, tidak jauh dari rumah Julia di
Cullman.
Walaupun kejadian itu sudah 13 tahun berlalu, Julia yang kini berusia 24
tahun dan juga ibu kepada tiga orang anak, masih mengalami trauma akibat
perbuatan lelaki itu. Dia mempunyai PTSD dan menerima rawatan dan masih
bergelut dengan emosi yang turut memberi kesan kepada
perkahwinannya.
Sukar dan tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami oleh mangsa,
bapanya, Jay, sanggup mengambil tindakan sendiri untuk membalas dendam ke
atas perbuatan yang dilakukan Raymond. Jay menaiki motosikal bersama
pistol di poketnya, memecut ke rumah Raymond yang terletak di Berlin,
Alabama.
Jay (kiri) menembak mati pencabul anak perempuannya, Raymond (kanan) |
Ketika dalam perjalanan, dia bertemu dengan bekas kekasih anaknya dan
bertindak melepaskan tembakan ke arah lelaki itu, tetapi gagal. Dia
kemudian meneruskan misinya untuk membunuh Raymond dengan melepaskan dua
das tembakan kepada Raymond yang berada di halaman rumahnya pada ketika
itu.
Pada November 2016, Jau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara
selama 40 tahun, termasuk 20 tahun atas percubaan membunuh bekas teman
lelaki Julia.
"Bapa saya melindungi saya seperti mana yang sepatutnya dilakukan oleh
seorang bapa. Dia adalah ayah yang hebat dan terbaik. Saya sayangkannya,"
katanya.
Petisyen bantahan juga turut dibuat dengan 2,000 tandatangan telah
berjaya dikumpul.
Sumber: Mirror & Sinar Harian