Ibu mengaku bvnuh anak dengan penyembur racun nyamuk kerana berang mangsa kerap terkencing atas tilam
Seorang ibu tunggal berusia 30 tahun di Jakarta Barat yang hanya dikenali
sebagai NW, ditahan selepas didapati telah menyeksa anak lelakinya, GW,
berusia lima tahun sehingga mati.
Difahamkan, suspek berang mangsa kerap terkencing dalam seluar sejak
beberapa bulan yang lalu sehingga menyebabkan tilam basah.
"Suspek berang dan kemudian menghukum mangsa dengan cara yang tidak
sepatutnya sehingga mengakibatkan mangsa kehilangan nyawa," kata Ketua
Polis Jakarta Barat, Roycke Langie.
Roycke berkata, berdasarkan pengakuan suspek, mangsa telah mati akibat
menggenakan hukuman yang keterlaluan ke atas anaknya iaitu dengan
menyembur muka mangsa dengan penyembur racun nyamuk. Kemudian meletakkan
beg plastik berwarna merah di atas kepala mangsa bagi menghentikannya dari
terus menangis.
"Suspek telah menggunakan penyembur racun nyamuk untuk membuatkan mangsa
diam dan berhenti menangis, selain tangan dan kakinya diikat menggunakan
tali rafia," katanya.
Selepas mangsa tidak sedarkan diri, suspek segera membawa anaknya itu ke
hospital berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia dan tidak sempat
diselamatkan.
Suspek kemudian ditahan polis dan mengaku telah membunuh anak lelakinya
itu. Suspek telah didakwa mengikut Perkara 35/2004 Perlindungan
Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman penjara lebih dari 15 tahun.
Bagaimanapun punca kematian mangsa belum dapat ditentukan sama ada kerana
penyembur racun nyamuk atau lemas disebabkan kepalanya ditutup dengan beg
plastik. Polis masih menunggu hasil bedah siasat.
Polis juga percaya, mangsa seringkali diikat oleh ibunya kerana siasatan
awal menemui kesan-kesan kecederaan seperti diikat pada tubuh badan
mangsa.