"Ada juga Golongan Kayangan Yang Bijak..", Anzalna Nasir Dipuji Kerana Beli Karpet Secara Online
Di kala ada selebriti yang
membeli karpet di Nilai 3 yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard
(SOP), berbeza pula dengan model dan pelakon wanita berusia 33 tahun ini yang
memilih membeli karpet secara online sahaja.
Anzalna Nasir, berkongsi dengan
pengikutnya di Instagram bahawa dia tidak sabar dan sangat teruja untuk
menyambut hari raya di rumahnya tidak lama lagi. Dan dengan itu dia membeli
karpet baharu untuk menimbulkan lagi suasana dan mood nak beraya.
"Tak lama lagi dah nak raya!
Saja bagi feel nak raya tu, so kita tukar carpet baru beli online saja..." tulisnya.
Perkongsian itu mendapat
perhatian dari netizen. Meskipun tidak menyebut nama atau ditujukan kepada
sesiapa, netizen bagaikan faham-faham sendiri dan memuat naik komen berbentuk
sinis di ruangan komen.
"Bagus Anzalna, beli karpet
online pun boleh. Tak payah sampai ke Nilai 3," tulis Farah.
"Itulah orang bijak, pastu
jelita plak. Benda boleh beli online, buat apa nak merentas negeri?" tulis
Syamimi.
"Dia ni yang sepatutnya jadi
winner Dewi Remaja 2010. Juri buat keputusan yang salah besar," tulis
Siti.
"Ni mesti dah lama peram nak
post something macam ni. Hahaha!" seloroh netizen.
Sumber: Instagram Anzalna Nasir
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.