"Mengapa Saya Dapat Surat Amaran Pertama Sebab Tak Hadir Sekolah..", Ain Dakwa Dia Diancam Buang Sekolah, Netizen Mula Rasa Tak Kena
Semalam, Ain Husniza Saiful
Nizam, remaja di sebalik pendedahan guru membuat jenaka mengenai kes gangguan seksual
di sekolahnya, memuat naik kenyataan di Twitter yang mengatakan dia menerima ancaman
tindakan buang sekolah.
"Saya mendapat surat amaran
pertama kerana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari, yang mengatakan saya juga
boleh dibuang sekolah.
"Pada hari surat itu
dihantar, juga hari yang sama ayah saya bertemu dengan pengetua dan dia kata
dia menyokongg saya pada hari itu. Tetapi dalam masa yang sama, perkara ini
juga yang berlaku.
"Tak tahu lah guys, mungkin
kita boleh bersangka baik cikgu lain yang hantar surat amaran ini. Entahlah,
saya pun tak nak buat andaian yang bukan-bukan," tulisnya.
Selain itu, Ain juga
mempersoalkan mengapa dia diberi amaran sedemikian, sedangkan dia hanya
meluahkan pendapat dan pemikirannya mengenai perkara yang dibangkitkan.
"Di manakah kita sebagai
pelajar yang seharusnya merasa selamat sekarang? Saya mendapat surat amaran
bahawa saya akan diusir keran bercakap mengenai perkara yang betul.
"Guru itu dan pelajar yang
membuat ancaman rogol tidak diambil tindakan terhadap mereka, tetapi saya
diusir. Ini akan merosakkan hidup saya.
"Kami selalu diancaman dan
mereka selalu berjaya. Sekarang untuk sekali, suara kami sebagai pelajar
didengar dan saya ingin meminta kalian, orang dewasa, pendidik, pemerintah,
ahli politik, tolong selamatkan kami. Kami hanya mahu selamat di sekolah kami
sendiri," katanya.
Sementara itu di media sosial,
netizen memberi reaksi yang berbeza. Ada yang menyokong, ada juga yang
sebaliknya sehingga ada yang berpendapat isu ini terlalu diberi perhatian oleh
media sehingga membuatkan ramai yang mula meluat.
"Tidak hadir tiga hari
berturut-turut atau tujuh hari tidak hadir tanpa surat tunjuk sebab, maka akan
diberi surat amaran pertama dan seterusnya.
"Korang ingat senang ke
pihak sekolah nak buang pelajar? Banyak pertimbangan dan peluang diberikan jika
ibu bapa bekerjasama," kata Sham Mohd.
"Maaf nah nak cakap sikit.
Dulu aku kesian gak dekat dia ni. Tetapi sekarang, maaflah. Korang dah report
polis, biarlah polis menjalankan siasatan. Pastu duduk rumah senyap-senyap
tunggu siasatan selesai.
"Ini makin hari makin ada je
cerita yang timbul. Korang memang tengah cari publisiti ke? Kalau tak nak anak
bersekolah di situ, pindah saja ke sekolah lain. Ini, masih nak mencetuskan
kontroversi," tulis Muslim Hamzah.
"Yang pasal lawak rogol itu,
aku sokong dia, memang tak patut. Tetapi bila dia start nak play victim macam
ni, aku tak suka sikap itu. Amaran saja, kau dah tak datang sekolah memang
dapatlah surat amaran. Semua sekolah macam tu, itu SOP. Bapa dia kenalah bagi
surat kepada sekolah dan alasan kenapa tiga hari tidak datang ke sekolah.
SOPnya sekolah kerajaan, perlukan hitam putih, nak kena masuk dalam
sistem," kata Nur Hidaya Abd Kadir.
Sumber: Sinar Harian, FB Oh!
Bulan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.