[Video] Viral Rakaman Imam Masjid Ditampar Lelaki Tak Dikenali Semasa Solat Subuh Berjemaah, Pelaku Dibelasah Sampai Lebam Oleh Jemaah
Beredar rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) seorang lelaki menampar imam yang sedang mengimamkan solat
subuh berjemaah di Masjid Baitul ‘Arsy, Pekanbaru, Indonesia.
Imam sedang membaca doa qunut
saat lelaki itu menyelinap di antara saf jemaah sebelum menuju ke posisi imam.
Apabila pelaku berada tepat di
hadapan imam, dengan tidak semena-mena lelaki itu menampar wajah imam dengan
tangan kirinya.
Solat berjemaah langsung berhenti
dan para jemaah terus menghampiri pelaku dan mengamankannya.
“Mula-mula dia (pelaku) memukul
pundak saya sedikit, saya terkejut apabila ada orang di hadapan saya. Saya
ingat jemaah biasa,” kata sang imam, Juhri Ashari kepada Tribunnews.
Juhri agak terdorong ke kiri dek
tamparan yang dilayang ke mukanya. Juhri yang baru sebulan menjadi imam masjid
mengaku tidak pernah mendapat ancaman seperti itu.
“Dia warga perumahan sebelah,
jadi saya tak kenal. Pelaku diduga kurang waras. Katanya dia spontan lewat,
dengar orang mengaji, bising dan kuat pula, jadi dia masuk masjid dan pukul
saja,” ungkap Juhri kepada Tribunnews.
Difahamkan, pelaku tersebut telah dibelasah oleh jemaah yang lain sehingga lebam.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.