Isteri hamil 6 bulan maut terkena tembakan ketika suami cuba bunuh ular
Seorang lelaki ditahan kerana tertembak isterinya yang mengandung ketika
dia cuba membunuh seekor ular yang masuk ke dalam kediaman
mereka.
Ali El Arid, 28, pelarian dari Syria baru saja memulakan hidup barunya
dengan isteri dan dua anaknya di sebuah daerah di Turki.
Pada hari kejadian, Ali mendapati ada seekor ular masuk ke dalam bilik
pada waktu pagi, lalu mengambil senapang untuk menembak ular
tersebut.
Bagaimanapun peluru yang dibedil melantun lalu terkena pada isterinya,
Zeyneb El Arid, yang berada di belakang menyebabkan mangsa terus
tersungkur.
Ali terus menghubungi ambulans untuk datang membantu isterinya yang hamil
enam bulan dan terus dikejarkan ke Hospital Negeri Seydisehir untuk
menjalani pembedahan kecemasan. Namun doktor mengesahkan mangsa meninggal
dunia.
Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat untuk dibedah siasat.
Related:
Polis kini sedang menyoal siasat dan mengambil keterangan Ali yang
mendakwa kejadian itu adalah kemalangan yang tidak
disengajakan.
Sumber: Daily Mail