[Video] "Dia Main Ketuk Macam Buat Rumah Je..", Viral Rakaman Perawat Alternatif Ketuk Dan Betulkan Slip Dics Dan Tulang Melengkung
PERNAH tular suatu ketika dahulu satu video yang dikongsikan lebih 8K kali dalam tempoh 10 jam ia dimuatnaik dengan caption berikut:
“Slip dics dan tulang melengkung…. Alhamdulillah dah berjaya
betulkan empat disc tulang belakang.”
Video menunjukkan seorang perawat alternatif mengukur
menggunakan pembaris, menandakan kedudukan tulang belakang, dan mengetuk tukul
bagi membetulkan kedudukan tulang belakang. Selepas itu, ukuran dilakukan
semula dan kononnya menunjukkan perubahan ketara pada ukuran.
Saya percaya video tersebut menunjukkan prosedur rawatan
bagi ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ slipped disc berdasarkan caption dan komen yang ada. Namun, disc
dan tulang belakang adalah dua entiti berbeza.
Fahami dulu anatomi dan patologi slipped disc sebelum saya ulas bahagian video.
1. Tulang belakang ‘dipegang’ antara satu sama lain dengan
ligamen. Ia tidak mudah berubah kedudukan kecuali akibat trauma atau impak yang
kuat seperti ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ berimpak tinggi. Kedudukan tulang belakang boleh
dilihat melalui x-ray.
2. Disc BUKAN tulang belakang. Spinal disc atau
intervertebral disc terletak di antara dua tulang belakang. Spinal disc
mempunyai nucleus di bahagian tengah yang memainkan peranan dalam penyakit
slipped disc. Spinal disc tidak boleh dilihat melalui x-ray.
3. Slipped disc juga dikenali sebagai herniated nucleus
pulposus iaitu nucleus tertonjol keluar daripada tempat asal dalam spinal disc.
Nucleus ini juga tidak boleh dilihat melalui x-ray.
4. Bahagian yang tertonjol itu akan menekan saraf, dan
inilah yang kebiasaannya menyebabkan rasa ꜱᴀᴋɪᴛ pada bahagian belakang kaki.
Bagi kes yang teruk, ʟᴜᴍᴘᴜʜ bahagian bawah badan mungkin boleh berlaku.
5. Diagnosis dibuat secara klinikal iaitu mengambil sejarah ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ
(sosiodemografi, simptom, faktor risiko, dan lain-lain) serta pemeriksaan
fizikal.
6. Simptom : Sciatica iaitu ꜱᴀᴋɪᴛ “menangkap” di bahagian
belakang peha hingga ke kaki +/- ꜱᴀᴋɪᴛ belakang bahagian bawah (low back ᴘᴀɪɴ).
Ia boleh juga terjadi tanpa apa-apa simptom.
7. Kebiasaannya, kedudukan tulang belakang tidak terjejas
dalam kes slipped disc. Maka, x-ray belakang adalah normal sahaja.
8. Bagi mengesahkan diagnosis, MRI akan dilakukan untuk
melihat kedudukan spinal disc.
9. Majoriti ꜱᴀᴋɪᴛ sciatica akibat daripada slipped disc akan
berkurangan dalam tempoh 6 minggu. Rehabilitasi termasuk fisioterapi bagi
menguatkan otot perlu dilakukan. Bagi kes yang sangat teruk (severe), ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ
mungkin akan ditawarkan walaupun berisiko kerana dalam kes teruk, “benefit
outweigh the risk”
Baca tentang slipped disc hingga faham, kemudian mari baca ulasan berkaitan video pula.
1. Slipped disc tidak melibatkan abnormaliti pada kedudukan
tulang belakang. Mohon pencerahan apa perlunya ukuran dan ketukan bagi
membetulkan kedudukan tulang belakang?
2. Ukuran yang dibuat kelihatan tidak tepat kerana tiada
titik rujukan yang konsisten. Kelihatan dalam video pembaris diletakkan secara
tidak konsisten menyebabkan ketidaktepatan pengukuran. Dalam perubatan, setiap
pengukuran ada titik rujukan berdasarkan anatomi permukaan tubuh agar setiap
ukuran adalah konsisten walaupun pada masa berbeza dan boleh dibandingkan
dengan orang lain. Mohon pencerahan apakah titik rujukan yang digunakan.
3. Ukuran juga mungkin tidak tepat kerana pembacaan poin
pada pembaris tidak dilakukan pada eye-level yang boleh menyebabkan ralat.
Pembacaan pada eye-level adalah topik sains semasa di sekolah.
4. Slipped disc diakibatkan oleh tonjolan nucleus yang
menyebabkan ꜱᴀᴋɪᴛ sciatica. Jika tersilap ketuk, ia mungkin boleh menyebabkan
keadaan lebih teruk sehingga pecah tulang belakang dan merosakkan fungsi saraf
tunjang yang mengakibatkan ʟᴜᴍᴘᴜʜ. “The risk outweigh the benefit”. Mohon
pencerahan apakah yang akan dilakukan jika komplikasi ini berlaku ketika
prosedur tersebut dilakukan.
Saya faham pesakit slipped disc ingin sembuh daripada ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ.
Namun, dapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ daripada perawat bertauliah. Bagi ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ alternatif,
pastikan berdaftar dengan TCM KKM agar ia dapat dikawalselia dan mengikut
tatacara yang digariskan.
Hilang ꜱᴀᴋɪᴛ bukanlah bermakna slipped disc sudah sembuh.
Jika mahu tahu keberkesanannya, lakukan MRI sebelum ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ dan ulang MRI serta
merta selepas ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ. Masa itu barulah boleh tahu sama ada ia benar-benar
berkesan secara realiti atau hanyalah fantasi.
Masyarakat kena tahu apa itu slipped disc dan elakkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ
yang tidak dibuktikan secara klinilal malah berpotensi menyebabkan kebahayaan,
Oleh itu tolong viralkan info ini dengan meluas. Terima kasih.
Reaksi Warganet :
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Sumber : Aku Papan Kekunci
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.