Lelaki gigit ular selepas dipatuk, akhirnya kedua-duanya mati
Seorang lelaki berusia 60 tahun maut dipatuk ular di Gujarat, India,
namun sebelum itu dia sempat menggigit ular itu sehingga mati.
Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari Sabtu lalu, ketua kampung
Ajanwa berkata, mangsa, Parvat Gala Baria sedang memasukkan barang ke
dalam lori sebelum didatangi seekor ular yang keluar dari tempat simpanan
jagung.
Dikala orang lain lari lintang pukang, mangsa berdiri dengan tenang dan
menangkap ular tersebut.
"Dia tangkap ular itu yang mematuknya di bahagian tangan dan muka. Namun,
Parvat gigit ular itu sehingga mati," katanya.
Mangsa dikejarkan ke hospital di Lunawad sebelum dirujuk ke hospital
besar. Tetapi doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat bisa haiwan
reptilia tersebut.
Related:
Sumber: News 18