Wanita potong kem4lvan suami kerana terlalu banyak habiskan masa dengan isteri kedua
Seorang wanita tergamak memotong kemaluan suaminya kerana mangsa terlalu
banyak menghabiskan mangsa dengan isterinya yang lain, lapor Metro.
Mangsa, Yunus Ahmed, 45, mendakwa Shayda, 40, menyerangnya dengan pisau
ketika dia sedang tidur di kediaman mereka di Muzaffarnagar, utara
India.
Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin selama 17 tahun dan dikurniakan
empat orang anak.
Shayda memberi kebenaran kepada Yunus untuk berkahwin dengan perempuan
lain pada tahun lalu selepas dia gagal memberikan anak lelaki. Tetapi
sikap mangsa yang kerap meluangkan masa di rumah isteri kedua membuatkan
Shayda berang dan bergaduh dengan Yunus.
"Kami selalu bergaduh dan dia kerap meminta duit. Saya dah menyampah
dengan dia dan akhirnya berkahwin dengan wanita lain.
"Dia pernah mengugut mahu membunuh saya beberapa kali sebelum ini. Ketika
saya sedang tidur, dia telah menyerang dan memotong kemaluan saya," kata
Yunus.
Yunus kini sedang dirawat di hospital, namun tidak dinyatakan sama ada
kemaluannya berjaya disambung atau tidak.
Related:
Ketua Polis Anil Kaparwan berkata, "Suspek telah mencampurkan sesuatu ke
dalam makanan mangsa menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri selepas makan.
Pada ketika itu, suspek mengambil kesempatan untuk memotong
kemaluannya.
Menurut Anil, Yunus mula menghabiskan masa bersama isteri kedua selepas
wanita itu bersalin. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati
suspek.