Tangan dijangkiti bakteria dan terpaksa dipotong selepas makan sushi ikan mentah
Tangan kiri seorang lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan terpaksa
dipotong kerana dijangkiti bakteria selepas makan makanan mentah, sushi,
lapor Daily Mail.
Dalam kejadian yang aneh itu, pesakit yang tidak didedahkan identitinya
itu berkata, tapak tangan kirinya mula mengalami kesakitan dan bengkak
sebesar bola golf selepas 12 jam memakan sushi ikan mentah.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia mula mengalami demam dan
kesakitan yang luar biasa di tangannya dalam tempoh dua hari, dengan
tangannya yang juga tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih
membuatkan dia terpaksa meminta bantuan dari doktor di sebuah hospital di
Jeonju.
Saiz lepuhan di tangan pesakit berukuran 3.5 cm ke 4.5 cm, anggaran saiz
sebiji boleh golf. Jangkitan itu turut menjejaskan bahagian belakang tapak
tangan dan lengannya.
Pihak perubatan kemudian mengeluarkan air dalam lepuhan di tapak
tangannya dan membuang tisu-tisu yang telah terjejas, serta mangsa diberi
ubat antibiotik. Malangnya, rawatan itu tidak berjaya dan keadaan tangan
pesakit menjadi semakin teruk dan akhirnya terpaksa dipotong.
Menurut sumber, pesakit juga menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan
penyakit buah pinggang yang memerlukan dia menjalani rawatan
dialisis.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Berdasarkan pemeriksaan doktor, pesakit mengalami masalah kesihatan itu
kerana sistem keimunan badannya lemah kerana dia menghidap penyakit buah
pinggang yang meletakkanya pesakit itu lebih berisiko untuk dijangkiti.
Sedangkan orang yang normal boleh sembuh hanya dalam beberapa hari apabila
terkena jangkitan bakteria.
Selepas menjalani pembedahan memotong tangan yang terjejas itu, keadaan
pesakit semakin baik dan dia dibenarkan pulang ke rumah.