[Video] "Acah Sedih Plak Masa Ex Nyanyi..", Ex Nyanyi Di Wedding, Pengantin Lelaki Sorok Sedih Nangis Dakap Isteri

Menerima jemputan ke majlis kahwin ex-boyfriend bukannya mudah untuk semua orang. Namun demi menghargai ajakan meraikan hari bahagia tersebut, hati yang pilu dilupakan sebentar apalagi singgah ke sana pun bukanlah lama. Sekadar menjamu selera dan berjumpa sekejap dengan mempelai pun sudah memadai. Tapi jangan pelik, ada juga yang jiwa kental sampai tahap sempat berkaraoke pula.

Datang wedding bekas teman lelaki siap nyanyi lagu sedih depan pelamin

Sukar dipercayai, namun itulah yang dilakukan oleh seorang gadis ini hingga berani menyanyikan lagu sedih berjudul ‘Emas Hantaran’ di majlis bekas teman lelakinya sendiri. Walaupun sedang bersanding di atas pelamin nan indah, mempelai yang segak itu ahirnya gagal menahan sedih apabila terpaksa mendengar nyanyian cinta lamanya itu.

Atas rasa bersalah nangis, pengantin lelaki memeluk isterinya

Atas rasa bersalah dan ingin menjaga perasaan isterinya di sebelah, lelaki berkenaan cepat-cepat mendakap selain seolah-olah cuba menyembunyikan air mata kesedihan. Entah apa yang tersimpan di lubuk hatinya ketika itu, namun persembahan gadis bertudung labuh tersebut juga membuatkan tetamu di bawah menjadi kecoh.

c

Heranlah…Dah kenapa nyanyi sedih bagai kat hari bahagia orang?

Mendapat 10 juta tontonan sejak sehari lalu, ramai yang bercanggah pendapat apabila melihat adegan tersebut. Malahan netizen kurang senang dengan tindakan gadis terbabit yang semacam sengaja mendendangkan lagu sedih.


[VIDEO] Ex Nyanyi Di Wedding, Pengantin Lelaki Sorok Sedih Nangis Dakap Isteri 2

[VIDEO] Ex Nyanyi Di Wedding, Pengantin Lelaki Sorok Sedih Nangis Dakap Isteri 3

[VIDEO] Ex Nyanyi Di Wedding, Pengantin Lelaki Sorok Sedih Nangis Dakap Isteri 4

Sumber : TikTok Lestri

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close