"Saya Jemur Kain Lap Putih Saja Kat Luar Sebab Basah, Tiba-tiba Jiran Datang Hulur Bantuan Sebab Ingatkan Bendera Putih.."
Jiran Ingatkan perlukan bantuan kerana bendera putih berdiri diluar rumah, Rupanya sudah salah faham Hanya Jemur Kain Lap Warna Putih dekat Luar rumah. Kempen bendera putih yang dilancarkan netizen semakin mendapat sambutan akhir-akhir ini. Tak kira di mana saja, pasti ada individu yang terpaksa kibarkannya di depan rumah sebagai tanda memerlukan bantuan.
Syukur Alhamdulillah. Ini tandanya rakyat Malaysia sangat prihatin serta cakna dengan keadaan semasa. Namun apa yang terjadi dalam kisah di bawah ini agak menghiburkan hati.
Seorang warga Facebook, Annie Sait berkongsi pengalaman menariknya dalam group Lupa Apa Hari Ini semalam tentang isu bendera putih. Jom ikuti perkongsian ini.
Baru 40 minit aku sidai ni kain lap di jendela tiba-tiba ada jiran bagi salam depan jendela. Pelik aku ingat runner ka atau budak-budak J&T hantar barang atau collect barang, sedangkan pagi tadi suda datang.
Tapi aku heran perempuan bagi salam, anggap jak la sisku jual kek. Sekalinya dia tanya “Ok ka juga sis apa perlu bantuan?” Ya Allah terharunya.
“Sis sorry saya jemur kain lap, sis lupa pulak pasal kempen kibarkan bendera putih tu..” Terbaik ba jiran-jiranku d sayang kamu ne, TQ sebab prihatin.
Npa apa la aku jemur di dapur la ne risau kita nanti ramai lagi yang bagi salam. Terbaik semua..abaikan warnanya ya, begitu laitu kalau colour kain lap segala minyak di dapur.
Prihatin ba rakyat malaysia ne.
Dalam pada itu, Annie menjelaskan di ruangan komentar tentang keadaan rumahnya, bagaimana jiran itu boleh ternampak kain jemuran tersebut.