"Tak Sempat Berjumpa Dengan Mak Ayah Buat yang Terakhir..", Berbulan-bulan tak jumpa mak ayah akibat PKP, gadis maut kemalangan ketika cari rezeki di perantauan
DUA hari lepas, seorang gadis bernama Zarra Nuraliza maut selepas
terlibat dalam kemalangan jalan raya di Cyberjaya.
Difahamkan, mangsa bekerja di butik pakaian di sebuah pasaraya Cyberjaya.
Namun, sejak pelaksanaan PKP 3.0, butik tempat dia bekerja tidak dapat
beroperasi menyebabkan Zarra terpaksa mencari rezeki sebagai penghantar
makanan Foodpanda.
Gadis yang berasal dari Poko Sena, Kedah ini terpaksa meninggalkan
kedua-dua orang tuanya di kampung demi mencari sesuap rezeki di ibu kota.
Arwah yang mengalami kecederaan parah akibat daripada kemalangan tersebut
menghembuskan nafas yang terakhir ketika menerima rawatan di Hospital
Putrajaya.
Apa yang menyayat hati, jenazah Zarra tidak dapat dihantar pulang ke
pangkuan keluarganya dan akan dikebumkan di Tanah Perkuburan Presint 20,
PutraJaya.
Dalam suasana PKP ini sudah pasti kejadian yang menimpa arwah meruntun
hati sesiapa sahaja bukan sahaja ahli keluarga malah netizen di media
sosial.
Menurut mak Zarra dalam nada sebak, sudah dijanjikan pusara anaknya di
perantauan dan jauh daripada keluarga.
Semoga roh Zarra Nuraliza dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalanga
orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..
UPDATE: Atas usaha pertubuhan Amal Team, jenazah Adik Zarra akhirnya dapat
dihantar di kampung halamannya di Pokok Sena, Kedah. Terima kasih kepada
semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarhamah.