[Video] "6 Tahun Jadi Balaci Sapu Sisa Pokok Jiran, Kali Ni Betul2 Tak Tahan Dah..", Bengang Jiran Tanam Pokok Tapi Tak Jaga, Pemuda Nekad Tebang Terus Bagi Adil

Adat kalau hidup berjiran perlu masing-masing untuk saling bertolak ansur serta memahami supaya keharmonian dapat dijaga. Walau bagaimanapun, usaha seorang lelaki ini untuk berbincang secara elok dengan jirannya akan satu masalah malah dihiraukan.

Apabila dia yang kurang ajar tapi nak kita hormat dia…Pokok dan buah kau punya, daun gugur aku punya

Beberapa minggu lalu, seorang pemuda bernama Haniff Shukri meluahkan keresahan berkaitan sebatang pokok yang ditanam oleh jiran bersebelahan kawasan rumah miliknya. Sudah bertahun-tahun dia memendam rasa apabila perlu menyapu dedaun kering yang gugur daripada pokok tersebut.

Dia dah cabar saya, siap main-main negeri…Nak tengok sangat anak Kelantan macam mana kan

Bukan itu sahaja, pemuda berkenaan juga sudah beberapa kali menasihatkan empunya pokok tersebut untuk bertanggungjawab jaga kebersihan namun tegurannya diendahkan. Jelasnya, pohon itu telah ditanam oleh jirannya di atas tanah milik kerajaan, namun ‘sampah’ seperti buah busuk yang jatuh dibiarkan bersepah di laman rumahnya.


Tak boleh bagi muka dah…Cukup lah 6 tahun jadi ‘balaci’ sapu sisa-sisa pokok jiran puaka

Gara-gara sudah penat berulang-alik untuk membuat aduan kepada pihak yang berwajib mengenai masalah tersebut. Akhirnya, semalam Haniff telah membuat keputusan nekad dengan menebang sahaja pohon tersebut seorang diri tanpa pengetahuan pemiliknya.



Sumber: TikTok Haniff Shukri 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close