[Video] "Kenapa Sampai anggap Saya Macam Tu..", Terpaksa Bawa Anak Meniaga, Bapa Jual Burger Dituduh Cuba Tagih Simpati Ramai
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @vinkaanz berkongsi sebuah video memaparkan seorang penjual burger yang berniaga sambil membawa anaknya di gerai tepi jalan.
Perbuatannya itu sering menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk sekitar tambahan lagi apabila dia dilihat membawa ‘sponge’ lama berbentuk segi empat.
Dituduh sengaja tagih simpati bawa anak berniaga
Rupanya, ‘sponge’ itu digunakan sebagai tempat alas duduk buat anaknya ketika menaiki troli gerai burger berkenaan.
Difahamkan lagi, ramai yang bersangka buruk terhadap peniaga itu dan menanggap sengaja membawa anaknya berniaga untuk menagih simpati kerana sudah banyak kes sebegitu dilaporkan.
Lebih mengharukan apabila di saat bapanya sibuk melayan pelanggan, si anak dilihat bermain seorang diri dengan sebuah patung, tidak mengganggu kerja bapanya.
Isteri kerja di Malaysia, tiada orang jaga anak di rumah
Sebenarnya, lelaki tersebut memang terpaksa membawa anaknya sewaktu mencari rezeki berniaga burger di tepi jalan.
Menurut komen dari segelintir netizen yang mengakui mengenali lelaki berkenaan dan berkongsi kisah bahawa isterinya bekerja sebagai di Malaysia dan belum boleh pulang atas sebab tertentu.
Perkongsian tersebut berjaya meraih perhatian netizen yang mana rata-rata mereka berasa sebak dan terharu melihat penjual burger tersebut.
Kadang2 anaknya ikut berniaga sampai malam, tidur di tepi jalan
Semoga dimurahkan rezeki
Selalu beli burger daripada dia
Menangis bayangkan anak sendiri
Bersih betul jualannya
Sumber: TikTok @vinkaanz