'Itu semua saya yang beli' - Terserempak bekas suami yang berkira, wanita tangg4lkan semua p4kai4nnya
JIANGSU, CHINA - Viral di media sosial negara China video seorang wanita
yang menanggalkan pakaiannya sehingga berbogel di khalayak ramai di sebuah
pusat beli-belah, lapor Shanghaiist.
Menurut saksi, wanita yang tidak dikenali identitinya itu terserempak
dengan bekas suaminya di pusat beli-belah itu. Lelaki itu kemudian terus
meluru ke arahnya dan menampar mukanya.
"Telefon bimbit yang awak pegang, pakaian yang awak pakai itu semua
adalah saya yang belikan untuk awak!" kata lelaki itu.
Secara tiba-tiba wanita itu membuang telefon bimbitnya ke lantai sebelum
mula menanggalkan pakaiannya di tengah-tengah pusat beli-belah
tersebut.
Video yang dirakam oleh saksi menunjukkan wanita itu menanggalkan baju,
seluar dan seluar dalamnya di hadapan beberapa pengunjung yang
lain.
Pada ketika itu, bekas suami cuba menghalang wanita itu dari menanggalkan
baju dalamnya. Namun, gagal berbuat demikian selepas wanita itu dilihat
tanpa seurat benang sedang menunggu pintu lif terbuka.
Dua orang wanita kemudian segera menghampirinya dan mengembalikan semula
pakaiannya yang telah ditanggalkan tadi untuk dipakaikan
semula.