Padah parkir di laluan masuk, pemilik terkejut keretanya di atas bumbung
CHINA - Tindakan seorang wanita yang meletakkan kenderaannya di laluan
masuk di sebuah kawasan kediaman di bandar Benxi, wilayah Liaoning pada
Selasa, mengundang padah apabila pemilik kawasan itu mengambil keputusan
untuk mengalihkan keretanya ke tempat yang tidak dijangkakan.
Menurut penduduk setempat yang menyaksi kejadian itu berkata, wanita itu
terdahulu berhenti di pondok pengawal keselamatan pada waktu pagi.
Pengawal Keselamatan yang bertugas meminta wanita itu membayar yuran
parking, namun wanita itu enggan berbuat demikian.
Wanita berkenaan kemudian meletakkan kenderaannya di luar pagar laluan
masuk ke kawasan perumahan itu, yang juga menghalang kenderaan lain dari
memasuki kawasan itu.
Pemilik kawasan berkenaan berkata, kenderaan itu ditinggalkan di situ
selama beberapa jam sebelum mereka membuat keputusan untuk menghubungi
perkhidmatan kren untuk mengalihkan kenderaan itu.
Ketika proses pengalihan itu dilakukan, ada individu yang mencadangkan
agar kenderaan itu diletakkan di atas bumbung pondok pengawal.
Setelah pemiliknya kembali, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati
keretanya itu berada di atas bumbung. Difahamkan, wanita terbabit dan
wakil komuniti di situ diminta untuk menghubungi pihak polis untuk
menyelesaikan masalah yang timbul.
Akhirnya perkhidmatan kren itu dihubungi untuk datang semula bagi
menurunkan kereta wanita berkenaan.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Insiden itu viral di media sosial dan netizen memuji tindakan komuniti
dan pemilik kawasan itu, tidak lupa juga pada jasa pemandu kren
tersebut.