Ibu potong kemaluan anak dengan gunting kerana mahu balas dendam pada bekas suami
c
CHINA - Seorang wanita tergamak darah dagingnya sendiri dengan memotong
kemaluan anak lelakinya menggunakan gunting hanya kerana mahu membalas
dendam terhadap bekas suami, lapor Sina.
Wanita yang tidak dinamakan itu, memotong kemaluan anaknya kerana dia
mahu membalas dendam terhadap bekas suami dan keluarganya.
Mujur perbuatannya disedari oleh bekas ipar wanita itu yang kemudian
mengejarkan mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika dihantar
ke hospital, kemaluan mangsa mengalami pendarahan yang sangat
teruk.
Doktor di sebuah hospital di Jiangxi, Fuzhou, segera melakukan pembedahan
pada mangsa bagi menyambung semula kemaluannya. Difahamkan pembedahan itu
berjalan dengan lancar dan mangsa berjaya diselamatkan.
Selepas 10 hari kemudian, pihak media tempatan menemubual doktor
berkenaan yang memaklumkan bahawa mangsa berada dalam keadaan stabil dan
memberikan respon yang baik serta akan sembuh dari kecederaannya jika
rawatan berjalan dengan lancar.
Walau bagaimanapun, doktor berkata, kemaluan mangsa mungkin akan
mengalami sedikit masalah. Tetapi tiada masalah untuknya menjadi seorang
bapa di masa akan datang.
Sementara itu, nenek mangsa tidak faham mengapa ibu mangsa tiba-tiba
kembali semula ke rumah mereka setelah bertahun-tahun meninggalkan
mereka.
"Dia tinggalkan rumah kami lebih dari setahun, malah dia berkahwin dengan
lelaki lain. Saya beritahu dia sudah berkahwin dengan lelaki lain dan
tolong jangan datang ke rumah kami lagi.
"Dia potong kemaluan anaknya sendiri menggunakan gunting. gunting yang
besar yang biasa digunakan oleh kami di rumah," katanya.
Namun, motif wanita itu tergamak memotong kemaluan anaknya sendiri masih
tidak jelas dan polis kini sedang menyiasat kes tersebut.