[Video] "untungnya Dapat Mak Mentua penyayang..", Sayang Menantu, Mentua Suprise Cincin Emas Besar

Sharing is caring!

Apabila menuju ke alam perkahwinan, banyak perkara baru yang kita perlu belajar. Selain daripada menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga, setiap wanita pasti gusar mengenangkan hubungan dengan keluarga di sebelah suami. Lebih-lebih lagi, bila menyentuh tentang penerimaan ibu mentua.

Diterima baik oleh ibu mentua…Hubungan dengan menantu kelihatan rapat bersama-sama

Namun seorang wanita ini boleh dikatakan mampu menarik nafas lega apabila diterima baik dalam keluarga suaminya. Malah hubungan di antara ibu mentua dan juga menantu tersebut kelihatan agak rapat.

"Terima Kasih Cinta Anak Ibu"- Sayang Menantu, Mentua Suprise Cincin Emas Besar 2

Menantu yang tercinta sebab dia kasih sungguh-sungguh kat anak ibu

Terbaru, si suami telah memuat naik rakaman yang memaparkan wanita tersebut menerima kejutan berupa sebentuk cincin emas besar daripada ibunya. Hadiah tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan dan juga berterima kasih kerana telah mencintai anaknya sepenuh hati. Warga emas berkenaan turut memeluk erat menantunya dalam keadaan sebak.

Bersyukur dapat mentua macam ni…Tak dapat barang kemas pun takpe, cukup dengan kata-kata dihargai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu melihat gelagat ibu mentua dan juga menantunya tersebut. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa cemburu selain menyifatkan wanita tersebut sebagai insan bertuah dengan layanan sebegitu.


"Terima Kasih Cinta Anak Ibu"- Sayang Menantu, Mentua Suprise Cincin Emas Besar 3

"Terima Kasih Cinta Anak Ibu"- Sayang Menantu, Mentua Suprise Cincin Emas Besar 4

"Terima Kasih Cinta Anak Ibu"- Sayang Menantu, Mentua Suprise Cincin Emas Besar 5

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close