Doktor Keluarkan Gelas Dari Dubvr Pesakit Namun Enggan Beritahu Doktor Bagaimana Ia Boleh Berada Di Situ
CHINA - Baru-baru ini, pakar bedah di Guangzhou mengeluarkan gelas kaca
dari dubur seorang lelaki yang sudah berkahwin, namun enggan memberitahu
bagaimana gelas kaca itu boleh masuk ke lubang tersebut.
Difahamkan, objek itu telah berada di lubang duburnya selama dua hari
sebelum lelaki itu tidak dapat lagi menahan kesakitan dan dikejarkan ke
hospital pada jam 2 pagi, menjerit meminta bantuan dari
doktor.
Doktor segera membuat imbasan x-ray dan mendapati ada satu objek di
duburnya. Secara terperinci, objek itu merupakan gelas kaca tinggi 8
sentimeter dan berdiameter 7 sentimeter tersangkut di lubang duburnya.
Keadaan itu boleh menyebabkan lelaki terbabit maut sekiranya tidak
dikeluarkan dengan segera dan berhati-hati.
Lapor media tempatan, doktor pada mulanya cuba mengeluarkan objek itu
seperti mana ia masuk ke dalam lubang tersebut. Dengan menggunakan dadah
untuk menenangkan lubang dubur pesakit, mereka berjaya menjejak objek
tersebut. Malangnya terlalu licin untuk dikeluarkan.
Bimbang jika objek itu pecah sekiranya dilakukan secara paksaan, doktor
mengambil keputusan untuk membedah lelaki itu dan mengeluarkan objek itu
dari perutnya.
Setelah berjaya dikeluarkan, lelaki itu terpaksa ditahan wad untuk
rawatan susulan. Namun sehingga kini masih belum diberitahu kepada
doktor bagaimana objek itu boleh berada di dalam lubung
duburnya.
Difahamkan lelaki berkenaan berusia lingkungan 30-an dan mempunyai
anak.
Awal tahun ini, seorang lelaki dari Guangzhou juga dikejarkan ke
hospital selepas memasukkan belut ke dalam lubang duburnya dengan
harapan dalam menyelesaikan masalah sembelit yang dialami.
Bagaimanapun petua itu hampir membuatkan lelaki itu hilang nyawa
apabila belut itu mula menganggu organ dalamannya.