[Video] "Sikit Lagi Tong Gas Tu Meletup..", Tong Gas Hampir Meledak, Jiran Kalut Simbah Air Dari Atas Selamatkan 1 Keluarga

Meskipun penduduk yang tinggal di kediaman bertingkat seperti flat ataupun apartment selalu menjalani kehidupan sendiri, namun semangat kejiranan masih lagi ada. Kadang-kadang bila berlaku kecemasan, jiran adalah pihak pertama yang akan datang menyelamatkan keadaan sementara menunggu bantuan lain.


Sebab anak dia meraung…Lepas tu bapa dia jerit tolong api tolong

Menerusi beberapa perkongsian video seorang wanita bernama Afiqah Apandi, jeritan bertalu-talu daripada anak jirannya telah menyedarkan hampir satu residensi tentang kebakaran yang berlaku. Kepulan asap dan juga api dilihat mula marak dengan cepat di ruang dapur rumah tersebut.

Tong Gas Hampir Meledak, Jiran Kalut Simbah Air Dari Atas Selamatkan 1 Keluarga 2

Tong Gas Hampir Meledak, Jiran Kalut Simbah Air Dari Atas Selamatkan 1 Keluarga 3

Mengigil suara nampak tong gas terbakar… Alhamdulillah tiada siapa yang cedera

Tanpa membuang masa, Afiqah dan juga beberapa jiran dari rumah yang lain berusaha padam kebakaran dengan menyembur air dari tingkat atas. Setelah beberapa kali percubaan dari pelbagai arah, api tersebut berjaya dikawal.


Abang tu berlari dari atas…Sampai-sampai dia terus minta kain basah untuk tutup gas tu

Manakala beberapa orang penghuni kediaman yang rata-rata lelaki bergegas turun ke rumah tersebut bagi mengawal api dari dalam pula. Selain menyimbah air berkali-kali menggunakan baldi, salah seorang daripada mereka terus menutup tong gas yang hampir meledak dengan satu kain basah. Nasib jirannya baik kerana kebakaran tersebut dapat dihentikan sebelum merebak ke bahagian lain.


Sumber: TikTok Afiqah Apandi

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close