[Video] "Berani Sangat Ejek Ciptaan Tuhan?..", Pemuda Nampak Hot Bila Pakai Mask, Sedih Pengacara TV Ketawa Ejek Muka Sebenar

Bertahun-tahun sejak dicipta, aplikasi TikTok kini menjadi medium utama anak-anak muda menunjukkan kelebihan mereka sama ada dalam alam pekerjaan, pendidikan, kemahiran memasak, gaya hidup atau style berpakaian. Bagi pengguna akaun @bobocu ini, penampilannya yang nampak hot membuatkan dia meraih perhatian luar biasa hingga kini mengumpul pengikut seramai 818 ribu orang.

Cuba pakai putih ala Korea…Pakai beg hitam memang sesuai

Biar rupa tidak seberapa asalkan pandai bergaya, itulah gambaran yang sesuai diberikan buat pemuda ini. Digelar mempunyai style seperti watak bernama Han Seo-jun menerusi drama ‘True Beauty‘, dia banyak membuat content transisi sebelum dan selepas menukar OOTD yang cukup gempak beserta mask untuk menutup wajah sebenar. Malahan, dia sangat rajin mengikut cadangan daripada peminatnya.

Siapa yang cakap mirip dengan artis Korea? Bingunglah aku

Populariti yang diraih menerusi TikTok juga membuatkan sebuah program televisyen menjemputnya hadir ke studio rakaman. Malangnya, sesi temu ramah itu seolah-olah meletakkan Bobocu dalam keadaan tidak selesa apabila beberapa pengacara lain kedengaran asyik mentertawakan dan ‘membahan’ wajahnya dengan unsur mengejek fizikal luaran.


Minit ke 6:25, nampak reaksi dia kecik hati. Melampau sangat

Menjengah ke ruangan komen, netizen merasa kasihan kerana Bobpcu yang merupakan cost player seolah-olah diundang bagi menjadi bahan body shaming. Walhal, rancangan itu ditayangkan pula kepada tontonan umum.


Pemuda Nampak Hot Bila Pakai Mask, Sedih Pengacara TV Ketawa Ejek Muka Sebenar 2

Pemuda Nampak Hot Bila Pakai Mask, Sedih Pengacara TV Ketawa Ejek Muka Sebenar 3

Pemuda Nampak Hot Bila Pakai Mask, Sedih Pengacara TV Ketawa Ejek Muka Sebenar 4

Pemuda Nampak Hot Bila Pakai Mask, Sedih Pengacara TV Ketawa Ejek Muka Sebenar 5

Sumber : TikTok bobocu id & YouTube TRANS TV OFFICIAL

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close