[Video] "Berani abg Polis Tu, Siap Suluh Lagi..", Polis Rakam Kelibat Pocong ‘Bergoyang-goyang’ Belakang Pokok Pisang, Ganggu Anggota Bertugas

Sudah menjadi tugas anggota polis untuk bertugas hingga ke lewat malam menjaga sekatan jalan raya (SJR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan buat masa ini.


Namun cabaran bukan saja melayan kerenah pengguna jalan raya atau menahan diri dari keletihan tetapi ‘abang polis’ juga kena sabar dengan gangguan makhluk halus di kawasan yang mereka berkawal. Aduhaii… 

Menerusi perkongsian zarulshahfiqrie di TikTok, seorang anggota polis dilihat telah merakam kelibat makhluk halus iaitu pocong sedang menggoyang-goyangkan tubuh badannya di belakang pokok pisang.

Nahh korang tengoklah ye. Seram oiii bila ternampak ‘kepala si dia’ tu tengah ‘head banging’.

 

“Ini baru betul berani suluh tak lari terjerit-jerit” 

Netizen yang melihat video kat atas ini kebanyakan berasa seram dan merinding bulu roma lah bila ternampak makhluk berkenaan bergoyang-goyang.

Namun ramai juga yang salute dengan anggota polis berkenaan kerana dia dilihat berani menyuluh ke kawasan tersebut walaupun dah tahu ada yang ‘menunggu’ di situ.

Berani Suluh Pokong
Sumber: Tiktok

Apa-apapun admin harap anggota polis yang menjaga SJR ini jagalah keselamatan dan kalau boleh jangan buat SJR kat tempat yang dikhuatiri ada makhluk tersebut. Kesian pulak asyik kena ganggu. 

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close