[Video] "Kecil2 Dah ada Sikap Bertanggungjawab, Bagus Budak Ni.." Ambil Upah Tolong Mengecat, Budak Darjah 5 Cuma Minta Dibayar Dengan Beras

Susulan pelaksanaan lockdown yang masih terpaksa diteruskan, ramai sekali orang di luar sana kehilangan pekerjaan dan juga berdepan kesukaran untuk teruskan hidup. Dalam pada itu, mereka sanggup melakukan apa saja pekerjaan supaya dapat mencari sesuap nasi untuk diri dan juga keluarga.

Hebat nak tolong keluarga…Kecil-kecil dah kerja, ambil upah mengecat perabot

Biarpun masih bersekolah rendah, namun seorang kanak-kanak lelaki ini tetap merasa bertanggungjawab untuk membantu keluarganya. Menerusi beberapa perkongsian yang telah dimuat naik oleh Faeez Salleh di TikTok, dia dilihat sempat merakam aksi ‘pekerja ciliknya’ sedang gigih mengecat meja.

Dia mai buat kerja dengan kita, bagus budak ni…Kita tanya nak upah duit ke beras, dia kata nak beras

Ketika tugas yang diberikan kepada budak lelaki tersebut selesai, Faeez terus saja bertanya tentang soal upah. Walau bagaimanapun, jawapan daripada kanak-kanak tersebut begitu mengejutkan apabila cuma mahu dibelikan beras dan menolak ganjaran dalam bentuk wang.


Terima kasih semua yang sudah beri bantuan…Dan juga mendoakan saya

Susulan rakaman lain telah pun tular, Faeez meminta kanak-kanak tersebut untuk memperkenalkan diri. Muhammad Hanif bin Zakaria yang juga murid Darjah 5 tersebut turut sempat berterima kasih kepada orang ramai kerana terus memberi sokongan kepadanya dalam mencari rezeki halal.


Sumber: TikTok FaeezSalleh 

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close