[Video] "Baru Tahu Macam Mana Rasanya..", Lelaki Nak Cuba Rasa Perit Tahan Contraction, Baru Start Dah Jerit Minta Stop

Proses seorang ibu ketika hendak melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Sesetengah lelaki biasanya tak faham kesukaran yang perlu ditempuh oleh isteri mereka untuk mendapatkan zuriat tercinta.

Minta suami try alat simulator bersalin…Terus dipakaikan di bahagian perut

Meskipun pasangan ini belum lagi mempunyai anak, namun si isteri telah pun meminta suaminya untuk mencuba satu alat yang dipanggil ‘simulator bersalin’ untuk merasai pengalaman tersebut. Menerusi satu rakaman di TikTok, lelaki itu dibaringkan sebelum memakainya di bahagian perut.

Lelaki Nak Cuba Rasa Perit Tahan Contraction, Baru Start Dah Jerit Minta Stop 2

Isteri baru nak cuba main-main dengan alat itu…Tapi suami dah tak tahan sampai menjerit

Walau bagaimanapun, tidak semena-mena lelaki itu terus menjerit ketika si isteri masih lagi bermain dengan alat tersebut. Ketika melihat suaminya sudah pun merasai kesan ‘contraction‘ palsu tersebut, wanita berkenaan semakin galak mengenakan suaminya. Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut siap merayu untuk menghentikan simulasi berkenaan.

Bayangkan lelaki yang beranak, habis telinga nurse…Kena buat bilik kedap bunyi macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri tersebut. Selain teruja dengan keberkesanan alat berkenaan, ramai yang meluahkan rasa ingin turut mencuba kepada suami serta adik masing-masing.

Lelaki Nak Cuba Rasa Perit Tahan Contraction, Baru Start Dah Jerit Minta Stop 3

Lelaki Nak Cuba Rasa Perit Tahan Contraction, Baru Start Dah Jerit Minta Stop 4

Lelaki Nak Cuba Rasa Perit Tahan Contraction, Baru Start Dah Jerit Minta Stop 5

Sumber: TikTok Nor Azny Aisy

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close