"Salah kah saya potong kemalvan kekasih isteri saya?..", Kantoi curang, suami potong kemaluan kekasih isterinya
Berang perhubungan dikhianati, seorang lelaki menyerbu masuk ke rumah
jirannya sebelum mengacu pistol pada kekasih isterinya dan mengikat mangsa
lalu memotong zakarnya, kemudian dibawa lari.
Dalam kejadian yang berlaku di Florida, suspek, Alex Cesar Bonilla, 49,
memotong zakar mangsa dengan gunting selepas memecah masuk ke rumah
mangsa, Tomas Martinez-Gomez, 32.
Mangsa segera menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan dan
polis tiba di rumah mangsa tidak beberapa lama kemudian.
Menurut Gomez, Bonilla memecah masuk ke rumah dan mengancam untuk
membunuhnya sekiranya dia melawan. Suspek membawa mangsa ke bilik tidur
sebelum diikat dan dipotong kemaluannya.
Ketika kejadian, dua kanak-kanak turut berada ddi dalam rumah
tersebut.
Suspek berjaya ditahan di tempat kerjanya dan ditahan di penjara kerana
gagal membayar ikat jamin AS$1.25 juta (RM5.13 juta).
Siasatan awal mendapati, suspek berbuat demikian selepas mengetahui
isterinya melakukan hubungan intim dengan mangsa beberapa minggu
lalu.
Mangsa masih berada di hospital dan pulih dari kecederaan, tetapi tidak
diketahui apa yang berlaku terhadap kemaluannya.
Sumber: Daily Mail, Harian Metro