Lelaki tempuh perjalanan 2,400 km untuk beri kejutan sempena birthday, tetapi kekasihnya curang bersama lelaki lain di depan mata
Hancur luluh hati seorang lelaki apabila ternampak teman wanita yang
disayanginya bersama dengan lelaki lain di depan matanya
sendiri.
Kisah kecurangan yang viral di Twitter itu turut disertakan dengan
beberapa gambar kejadian di mana lelaki malang itu memakai kostum beruang
dan berdepan dengan pasangan terbabit.
Berdasarkan tweet itu, lelaki yang memakai kostum tersebut menjalinkan
hubungan jarak jauh dengan wanita berkenaan dan dia sanggup menempuh
perjalanan 2,400 kilometer semata-mata mahu memberi kejutan, namun dia
sendiri yang terkejut dengan apa yang disaksikannya itu.
Lelaki itu ternampak wanita kesayangannya bermesra dengan lelaki lain
membuatkan dia terkedu lalu menanggalkan kepala kostum beruangnya dan
merenung pasangan terbabit.
Menyedari dirinya diperhatikan, wanita itu berpaling memerhatikan lelaki
berkenaan sebelum tersedar bahawa 'beruang' itu adalah teman
lelakinya.
Terkilan dan kecewa dengan insiden yang tidak diingini itu, lelaki
berkenaan memasang semula kepala beruang itu dan terus
beredar.
Teman wanitanya cuba mengejar dan mendapatkannya, namun tangan wanita itu
ditepis dan dia enggan mempedulikan pujuk rayu teman
wanitanya.
Sehinggalah wanita itu memeluknya, tetapi bagaikan tiada makna lagi
pelukan itu jika dibandingkan dengan rasa kecewa di hatinya.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berbaik semula atau
sebaliknya.
Berdasarkan gambar, kejadian itu dipercayai berlaku di China dan menurut
netizen, lelaki itu sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengannya
bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.
Netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu dan menasihatkan dia
agar tinggalkan saja wanita terbabit. Malah netizen turut hairan, mengapa
wanita itu sanggup mengejar teman lelakinya sedangkan dia sudah mempunyai
pasangan yang lain.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa itu semua hanya lakonan
semata-mata.
Sumber: @T_Radiosonde, World of Buzz