Berang isteri terlalu banyak berhutang, suami lempar anak sampai m4ti
Seorang bapa nekad melempar anak kandungnya berusia dua tahun ke lantai
selepas mengetahui isterinya berhutang dengan jiran mereka
sebanyak RP1.8 juta (RM528).
Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kalimaro, Kecamatan Kedungjati,
Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah, Indonesia, Aripin, 28, yang mempunyai
sikap panas baran mengakui bahawa dia telah membunuh anaknya yang dikenali
sebagai 'ZT'.
Menurut Aripin, dia bertindak demikian kerana berang dengan isterinya,
Nofiyanti, 26, yang banyak berhutang dengan jirannya, Lasmanah,
48.
Suspek terdahulu mendapatkan wang dari bapa mertuanya, Doto, dan berjumpa
dengan Lasmanah untuk membayar hutang.
Namun suspek bengang apabila mengetahui jumlah hutang itu terlalu banyak
sehingga tergamak mengugut mahu membunuh Lasmanah, isteri dan
anaknya.
Aripin gagal mengawal diri lalu melempar mangsa ke lantai di rumah
jirannya itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan
kecemasan. Malangnya, doktor mengesahkan ZT telah meninggal dunia akibat
dari kecederaan parah di kepala.
Sementara itu, Aripin mengakui kesal dengan perbuatannya itu.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
"Fikiran saya menjadi gelap selepas mengetahui isteri berhutang sebanyak
itu. Saya tidak pernah menyuruh dia meminjam wang dari jiran.
"Tindakan saya melempar anak adalah spontan dan berharap tiada apa-apa
terjadi padanya. Tetapi kini saya sungguh menyesal," katanya.
Sumber: Harian Metro