(Video) 'Baju dia basah lecun, bibir dah kebiruan' - Ibu tinggalkan anak 3 jam dalam kereta untuk pergi hadiri konsert
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 2-3 tahun diselamatkan
pihak berkuasa selepas ditinggalkan dalam kereta, sementaranya ibunya
pergi menghadiri konsert.
Orang awam kemudian memaklumkan kepada pihak polis di Shandong, China,
pada jam 8.20 malam Jumaat lalu selepas menyedari mangsa menangis kerana
kepanasan dan suhu ketika itu, 32' celsius.
Ibunya gagal dikesan dan polis terpaksa meminta bantuan seorang
kanak-kanak perempuan berusia enam tahun memanjat masuk ke dalam kereta
melalui 'sunroof' yang dibiarkan terbuka, untuk menyelamatkan bayi
berkenaan.
Selepas pintu dibuka, polis mendapati baju mangsa basah disebabkan peluh
akibat kepanasan dan mungkin mengalami dehidrasi.
"Cuaca memang panas. Mangsa menangis kuat dan bibirnya kebiruan," kata
anggota polis.
Mereka segera memberi mangsa minum dan menenangkan dia dengan beberapa
barang mainan.
Polis cuba menghubungi ibu kanak-kanak itu tetapi tidak dijawab. Orang
ramai kemudian menyebarkan gambar kanak-kanak itu di media sosial dengan
harapan dapat mengesan ibunya.
Selepas satu jam kemudian, si ibu akhirnya muncul di tempat letak kereta
itu untuk mendapatkan anaknya pada jam 9.30 malam.
Menurut si ibu, dia pergi menghadiri konsert di stadium dan terpaksa
meninggalkan anaknya dalam kereta kerana program itu tidak membenarkan
kanak-kanak dibawa masuk.
Polis percaya wanita itu pergi menghadiri konsert pada jam 7 malam,
meninggalkan anaknya dalam kereta kira-kira tiga jam.
Polis kemudian memberi amaran kepada si ibu agar tidak meninggalkan
anaknya dalam kereta terutamanya pada musim cuaca panas.
Sumber: Daily Mail