Budak maut selepas rakan masukkan muncung pengepam angin di dubur dan pam perutnya
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di India maut selepas
rakannya memasukkan muncung pengepam angin ke dalam duburnya, lalu
mengepam perutnya penuh dengan angin.
Sehari sebelum kejadian itu, Kanha Yadav sedang bermain di kilang tempat
kerja bapanya di Madhya Pradesh.
Bapa mangsa, Ramchandra berkata, dua anak kepada rakan sekerjanya membawa
Kanha pulang ke rumah dengan kesan lebam di bahagian perut.
Kanha terus dibawa ke hospital tetapi disahkan telah meninggal
dunia.
Inspektor Sanjay Shukla berkata, "bapa mangsa bekerja di kilang dan
tinggal bersama keluarganya di premis itu.
"Siasatan mendapati, rakan mangsa memasukkan muncung pengepam angin ke
dubur mangsa ketika bermain dan mengepam angin masuk ke dalam perut
mangsa.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
"Mayat mangsa dihantar untuk dibedah siasat dan punca kematian akan
dimaklumkan kelak," katanya.
Sumber: Daily Mail