[Video] "Orang Beratur Panjang, Kau Potong 'Q' Macam Tu Je..", Lelaki Bengang Dengan Sikap Segelinting Driver Yang Suka Potong Q
Tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan-golongan yang
kurang kesedaran ketika berada di jalan raya. Hal ini kerana terdapat
sebilangan orang yang suka mengambil jalan pintas dengan memotong ‘Q’ semasa
menunggu di persimpangan lampu isyarat.
Perkara ini turut dikongsikan melalui akaun facebook Nor
Hafiz. Berdasarkan perkongsian tersebut, dilihat beberapa kereta telah memotong
di bahagian sisi walhal terdapat kereta sedang beratur panjang di belakang.
Difahamkan kejadian ini berlaku di Persimpangan lampu
isyarat Sg.Chua , Kajang.
“Apa perasaan korang apabila menunggu lampu isyarat hijau
tiba-tiba malaun-malaun ini potong macam tu je..apa perasaan korang..”
“Ini lah sifat golongan-golongan yang pentingkan diri
sendiri..bodoh sombong”
“Kalau ada telur kat sebelah ni memang dah kena baling dah
ni..”
Melihat ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut bengang
dengan tindakan driver yang suka potong Q tersebut dan ada yang mencadangkan
untuk melaporkan kepada pihak polis. Dalam masa yang sama, terdapat juga
netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama.
Sumber : Dashcam Owner Malaysia
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.