'3 Kali Dia Berak Di Tempat Yang Sama' - Pemilik Berang Si Ibu Suruh Anak Sabotaj Kedai Dobinya
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Viral gambar seorang remaja perempuan
membuang air besar di sebuah kedai dobi layan diri, mengundang rasa tidak
puas hati pemiliknya yang dikenali sebagai Dato Azone Mojito.
Bukan sahaja remaja itu melakukan perkara yang tidak diduga, malah ibunya
juga turut 'panjang tangan' mencuri bakul sampah dan bakul-bakul yang
disediakan untuk pelanggan yang datang di kedai.
"Dah tiga kali dia berak di tempat yang sama, di kedai dobi layan diri
yang disediakan untuk kemudahan orang ramai. Mak dia pun sama juga
perangai. Bakul sampah dan bakul-bakul kedai untuk kemudahan juga turut
dicuri." katanya.
Menurut Azone, kejadian pertama dan kedua berlaku pada bulan September
selepas waktu tengah hari. Manakala yang baru-baru ini berlaku pada 3
Oktober, juga selepas waktu tengah hari.
Berdasarkan gambar, remaja terbabit yang masih berpakaian sekolah
dipercayai disuruh oleh ibunya untuk membuang air besar di sudut depan
premis tersebut sementara dia menunggu anaknya selesai membuang.
Tidak dapat dipastikan apa motif dua beranak itu sama ada sengaja mahu
mensabotaj atau meninggalkan 'ilmu hitamnya' di premis
tersebut.
Dan pada ketika ini, Azone sedang menunggu di kedainya jika individu yang
sama akan muncul sekali lagi melakukan perbuatannya.
Saya di kedai dobi sekarang, cuba menunggu jika saya berpeluang untuk
menangkap dan meminta mereka bersihkan.
"Saya sediakan dobi ini untuk kemudahan orang ramai di sini. Tapi ada
pula yang tak ada otak, sedangkan tandas awam bersepah di sini. Malah di
kedai mamak pun ada.
"Sudah hampir tiga tahun saya buka kedai dobi ini dan ini kejadian yang
paling teruk selain tong sampah dan bakul-bakul kain yang disediakan
dicuri," katanya ketika dihubungi The Reporter.
Difahamkan Azone juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu
hari ini, untuk tindakan lanjut pihak polis.
Justeru, Azone meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua
beranak itu tampil menghubunginya agar tindakan dapat diambil segera bagi
mengelakkan kejadian itu berulang lagi.
"Siapa kenal budak ini, sila hubungi saya untuk tindakan lanjut. Setakat
ini masih belum dapat ditangkap. Saya nak tahu budak ini bersekolah di
mana agar kami dapat berjumpa dengan pengetua sekolahnya untuk tindakan
lanjut," katanya yang meminta netizen viralkan gambar tersebut.
Sumber : The Reporter