“Budak Ni Degil Sebab tu Saya Rantai ..”, Dirantai dan dikurung kerana degil dan ponteng sekolah
KUANTAN, PAHANG - Gambar seorang kanak-kanak lelaki diikat dengan rantai
besi pada tong gas memasak, dipercayai didera oleh bapanya, viral di media
sosial.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu ditemui oleh orang awam pada pagi
semalam dalam keadaan lehernya diikat dengan rantai besi dan dikurung
dalam rumahnya sebelum menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
"Pada jam kira-kira 9/.45 pagi, polis tiba di lokasi kejadian dan telah
cuba mengetuk pintu rumah namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
"Pemeriksaan di tingkap belakang menemui seorang kanak-kanak lelaki
terbaring di tepi tong gas berwarna hijau dengan lehernya diikat dengan
rantai besi," kata sumber.
Pihak polis kemudian memecah masuk ke dalam rumah tersebut dan mendapati
mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Walaupun telah dikejutkan
beberapa kali, tetapi tiada sebarang respon dari mangsa.
Related:
Rantai di leher mangsa yang dikunci dengan selak mangga kemudian dipotong
sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dengan
ambulans untuk mendapatkan rawatan segera.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 32
tahun, bapa kepada mangsa, untuk membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah merantai anaknya dengan
rantai besi kerana mangsa degil dan ponteng sekolah.