“Yang Penting Saya Dapat Beri Makan Anak Saya..”, Ibu tunggal tawar perkhidmatan mencuci rumah untuk menyara tiga anaknya
Siti Norizan Husin, 36, dia membuat perkhidmatan mencuci rumah itu
bagi menyara tiga anaknya iaitu Wan Batrisya Najwa Wan Razali, 10, Wan
Ayuni Sabrina, 9, dan Wan Muhammad Adam Darwish, 5.
Menurutnya, selepas berpisah dengan bekas suami setahun yang lalu, dia
bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Perempuan Zainab II (HRPZ
II) sebelum mengambil keputusan berhenti pada April lalu kerana keperluan
anaknya terabai disebabkan waktu bekerja yang panjang.
Difahamkan, Siti diperkenalkan oleh rakannya kepada ejen perkhidmatan
mengemas rumah dan dia mula bergerak sendiri dengan modal permulaan RM300
diberikan individu yang bermurah hati sebulan kemudian.
"Perkhidmatan mencuci rumah itu kemudian viral di laman Facebook selepas
dimuat naik oleh seorang pelanggan, dua bulan lalu sehingga saya tidak
menang tangan menerima semua tawaran. Pendapatan mingguan pernah mencecah
RM350.
"Namun sejak akhir-akhir ini, perkhidmatan disediakan tidak lagi serancak
seperti sebelum ini. Tetapi saya menganggap itu semua rezeki dari Ilahi,"
katanya.
Bagi setiap rumah yang dibersihkan, Siti mengenakan bayaran sebanyak RM70
dan dia hanya mampu membersihkan sebuah rumah sehari serta bergantung
kepada permintaan pelanggan.
Siti yang menaiki kereta Perodua Kenari untuk bekerja bagaimanapun
menghadapi sedikit masalah apabila kenderaannya itu selalu rosak sehingga
menyebabkan perbelanjaan bulanannya meningkat.
"Untuk membaikinya saya tidak mampu. Namun hanya kereta itu saja yang ada
untuk keluar mencari rezeki. Selalunya pelanggan yang mendapatkan
perkhidmatan mencuci rumah di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas,"
katanya.
Dua anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Demit 1, Kubang
Kerian, juga menerima bantuan persekolahan bulanan dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 seorang, sedikit sebanyak
meringankan sedikit bebannya.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang memuji semangat Siti untuk bangkit dari terus mengharapkan belas ihsan orang ramai. Malah menyarankan mana-mana ibu tunggal yang lain juga mencontohi wanita berkenaan.
"Tak ada apa yang hendak dimalukan dik. Cari rezeki halal beribu-ribu kali mulia dari merompak duit orang," kata Norfadzilah Ramly.
"Bagus tu akak. Hidup ini jangan asyik mengharapkan bantuan dan belas
kasihan dari orang. Kita perlu berusaha sendiri. Bagus akak tak
menyusahkan orang. Rezeki ada di mana-mana. Semoga akak kaya dengan
rezeki yang halal," kata Shabri Ahmad.
"Ibu contoh. Di Malaysia semua boleh. Kenapa orang-orang asing boleh senang di Malaysia? Sebab mereka rajin bekerja. Asalkan tidak memilih kerja. Balik kampung, mereka mampu membina rumah," kata Rozi Hanafiah.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang memuji semangat Siti untuk bangkit dari terus mengharapkan belas ihsan orang ramai. Malah menyarankan mana-mana ibu tunggal yang lain juga mencontohi wanita berkenaan.
"Tak ada apa yang hendak dimalukan dik. Cari rezeki halal beribu-ribu kali mulia dari merompak duit orang," kata Norfadzilah Ramly.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini