“Bila Interview Merayu Nak Kerja, Bila Dah Dapat Makwe Tak Bagi Datang Sebab Ada Staff Perempuan”
Susulan pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan kerja dan sukar untuk
mendapat pekerjaan. Namun, ada yang diberi peluang kerja, namun tidak
menghargai sebaik mungkin.
Seperti perkongsian seorang netizen di Twitter bernama Azam Kahar ini, dia meluahkan rasa tidak puas terhadap seorang bekas kakitangannya.
Menurutnya, ketika temuduga lelaki tersebut merayu-rayu mahukan kerja,
namun apabila diberikan kerja dia tidak hadir tanpa alasan kukuh. Malah,
lelaki tersebut mahukan gaji pada hati sama menghantar notis berhenti
kerja.
Perkongsiannya itu mendapt pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang
menyangkakan mungkin bekas pekerjanya itu berhenti kerana tidak gembira
dengan tempat kerja.
Bagaimanapun, Azam menjelaskan bekas pekerjanya itu berhenti kerana menurut
permintaan teman wanitanya yang cemburu bekerja di tempat tersebut kerana
ada pekerja wanita.
Kata Azam lagi, bekas pekerjanya memberitahu teman wanita mengugut untuk putus jika dia datang bekerja.
Apa yang pasti, jawapan diberikan oleh lelaki tersebut membuatkan netizen
geleng kepala. Malah, netizen berseloroh kerana alasan tersebut tidak
munasabah dan mustahil untuk mencari pekerjaan yang hanya ada satu jantina
sahaja.
Dalam pada itu, ada yang hairan dengan sikap lelaki tersebut yang sanggup
berhenti kerja daripada putus dengan kekasih sedangkan zaman sekarang sukar
untuk mencari pekerjaan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.