"Kalau Sehari Tak Makan Ayam Hidup, Badan Jadi Lemah Dan Gelisah..", Wanita Ketagih Makan Ayam Hidup
Jabon - Seorang wanita yang pernah menggemparkan Indonesia kerana gemar memakan ayam hidup memberitahu dia masih belum dapat meninggalkan tabiatnya itu.
Miskaulah, 47, berkata, dia sudah menjalani rawatan terapi tetapi sehingga kini dia sukar untuk meninggalkan ketagihannya itu.
“Kalau sehari saya tidak makan ayam hidup badan saya berasa lemah dan gelisah.
“Selepas saya makan ayam, badan ini terasa ringan,” katanya ketika ditemui wartawan JawaPos.
Ibu dua anak itu memberitahu, ketagihannya memakan ayam hidup bermula ketika dia masih kecil lagi.
Miskaulah yang tinggal di Dusun Jangan Asem di Desa Trompoasri itu memberitahu, dia dilahirkan dari keluarga yang susah dan sering kelaparan ketika kecil.
“Saya kemudian mencari ikan dan siput di sawah sebelum memakan haiwan itu hidup-hidup.
“Sejak itu ketagihan saya semakin kuat sebelum beralih kepada memakan ayam pula,” katanya.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Walaupun pada awalnya, pendedahan Miskaulah itu menggemparkan penduduk kampungnya tetapi mereka akhirnya dapat menerima kenyataan mengenai ketagihan pelik wanita itu.
“Penduduk kampung tidak kisah kerana saya membeli ayam untuk dimakan, bukannya saya mencuri,” jelasnya. - Agensi