"RM60k Saja Kompaun, Biar Betul..", Neelofa, Suami & Keluarga Dikenakan Kompaun RM60,000 Sahaja Kerana Melanggar SOP PKPB
Neelofa, suami dan keluarga mereka yang didapati melanggar
prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
dikenakan kompaun RM60,000.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad
Zainal Abdullah berkata, kompaun yang dikenakan terhadap pasangan selebriti itu
tidak dibenarkan diskaun kerana Neelofa melakukan dua kesalahan, manakala
suaminya, Haris Ismail melakukan satu kesalahan.
Kesalahan pertama Neelofa, gagal mematuhi arahan Ketua
Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP ketika menganjurkan masjlis sosial,
di mana Neelofa selaku penganjur gagal memastikan penjarakan fizikal
sekurang-kurangnya satu meter ketika masjlis akad nikahnya berlangsung.
Kesalahan kedua, pasangan itu didapati melanggar kebenaran
untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa mengikut
subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, kerana melakukan aktiviti yang
berada di luar skop kebenaran yang diberikan polis.
Sementara itu, ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang
dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang yang berjumlah RM30,000
kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal sewaktu majlis pernikahan Neelofa
dan Haris.
Semua yang terbabit akan dikenakan kompaun hari ini dan
jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM60,000.
Di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ramai
yang membanding bezakan kes peniaga burger dikenakan saman RM50,000 kerana
menjalani perniagaan melebihi had waktu di tempoh PKP, berbanding selebriti
yang hanya dikenakan RM60,000 sahaja yang membabitkan ramai individu terkemuka.
Walau bagaimanapun, orang ramai adalah dinasihatkan untuk
terus mematuhi SOP PKP dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda
dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa.
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.