Bunvh adik kandung sendiri kerana cemburu isterinya rapat dengan mangsa
Cemburu isteri rapat dengan adik kandung, seorang lelaki tergamak menetak
mangsa sehingga mati dalam kejadian di Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara,
Indonesia.
Suspek yang dikenali sebagai JT, bertindak menetak adiknya, Maxi Tumundo
di bahagian kepala dan tangan dalam kejadian yang berlaku pada waktu Subuh
Rabu 13 November.
Jurucakap polis, Iptu Martodewata dari Balai Polis Belang berkata, suspek
cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan yang rapat dengan isterinya dan
ketiga-tiga mereka tinggal di rumah yang sama.
"Memang motif sebenar belum diketahui tetapi berdasarkan maklumat awal,
kes berpunca dari sifat cemburu suspek terhadap mangsa yang rapat dengan
isteri suspek. Tambahan, mereka bertiga tinggal serumah,"
katanya.
Pemeriksaan mendapati, terdapat kesan luka di kepala dan tangan mangsa
akibat ditetak suspek.
"Pemeriksaan mendapati, kepala mangsa mengalami luka akibat dihentam
dengan batu. Tangan mangsa luka akibat dilibas dengan senjata tajam,"
katanya.
Sementara itu, isteri supek, Nirma Abas, 36, berkata, tiada sebarang
pertikaian yang berlaku sebelum suaminya keluar manakala mangsa tidur di
bilik belakang.
Namun menjelang waktu subuh, dia ada terdengar percakapan suaminya yang
sukar dipastikan isi percakapannya di depan rumah.
"Suami saya mabuk kerana pengaruh alkohol. Ketika saya keluar untuk
melihat, tiba-tiba parang sudah dilibas kepada mangsa.
"Saya menjerit melihat mangsa jatuh berlumuran darah,"
katanya.
Suspek kemudian menyerah diri kepada polis dengan menahan sebuah
kenderaan polis dan mengaku membunuh mangsa.
Sumber: Tribun