'Saya takkan simbah kalau dia tak buat perangai' - Budak dikurung & disimbah dengan air panas mendidih sampai m4ti

 


SINGAPURA - Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikurung dalam sangkar kucing sebelum disimbah dengan air panas oleh ibu bapanya kerana tidak mahu mandi, menyebabkan mangsa maut. 

Azlin Arujunah dan suaminya, Ridzuan Mega Abdul Rahman yang masing-masing berusia 27 tahun dilaporkan kerap memukul mangsa menggunakan penyapu. Mangsa juga tempeng sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera. 

Di hari pertama perbicaraan terhadap pasangan suami isteri itu, mahkamah diberitahu mangsa dikurung di dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016 kerana tidak mahu mandi. 

Ridzuan kemudian mencurahkan air panas sekurang-kurangnya 92 celsius pada belakang dan betis mangsa. 

Akibatnya, mangsa terus rebah dan tidak bergerak. Namun mereka tidak membawa mangsa ke hospital, dan menunggu selama enam jam sebelum membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Malangnya mangsa disahkan meninggal dunia sehari selepas kejadian. 

Pihak hospital kemudian membuat laporan polis dan pasangan terbabit ditahan untuk siasatan. 

Bagaimanapun, Azlin memberitahu polis (3 hari selepas kejadian) bahawa dia tidak berniat untuk membunuh anaknya sendiri. 
"Mana mungkin saya tergamak membunuh anak saya sendiri? Tengoklah badan saya yang kecil ini," katanya.

Dalam keterangan lain dia berkata, "Saya takkan simbah air panas pada dia kalau dia tak buat perangai. Saya hanya nak mendisiplinkan dia. 

"Kalau saya ada niat nak membunuh dia, dah lama saya bunuh anak-anak saya yang lain. Tetapi anak-anak saya yang lain baik-baik saja dan saya tidak memukul mereka. Sebagai ibu, saya tidak tergamak membunuh anak saya sendiri," katanya. 

Saksi pendakwa pertama yang memberi keterangan berhubung kes dera itu semalam, Profesor Madya Loh Tsee Foong berkata, mangsa mengalami lecuran tahap ketiga (75% badan mangsa), kecederaan buah pinggang akut, penyahhiratan, patah hidung, luka pada wajah selain lambat bertutur. 

Mahkamah juga diberitahu, Ridzuan pernah menekap sudu panas di tapak tangan mangsa kerana 'mencuri' susu tepung untuk dimakan. Selain itu, mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya. 

Pendakwa raya berkata, dalam satu kejadian mangsa pernah menjerit "Kamu gila ke apa?!" menyebabkan pasangan itu bengang lalu menyimbah air panas terhadapnya.

Difahamkan, mangsa diserahkan sebagai anak angkat kepada keluarga baru selepas dilahirkan pada 2011, tetapi mangsa dikembalikan kepada ibu bapa kandungannya pada 2015. Setahun selepas itu, mangsa mula didera ibu bapanya. 

Pasangan terbabit mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan dan kini berdepan dengan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh. 

Sumber: Harian Metro, Daily Mail

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close