Bayi 5 bulan mati selepas dirogol sepupunya di majlis perkahwinan
Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia selepas dirogol
oleh sepupunya, Pappu, berusia 30 tahun.
Sebelum kejadian, ibu bapa bayi itu sedang sibuk melayani tetamu di
majlis perkahwinan yang diadakan di Daudnager, India pada malam Ahad
Pada jam 7 malam, Pappu, 30, datang menghampiri ibu saudaranya yang
sedang mendukung mangsa dan meminta kebenarannya untuk mendukung si kecil
itu. Tanpa mengesyaki apa-apa, si ibu terus membenarkan.
Selepas jam 9 malam, kelibat mereka berdua masih belum kelihatan
menyebabkan si ibu panik lalu melakukan pencarian secara
beramai-ramai
Tidak beberapa lama kemudian, mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan
diri di halaman tapak majlis, di sebelah suspek. Suspek terus melarikan
diri tetpai berjaya ditahan semula pada keesokan hari.
Doktor mengesahkan, mangsa telah meninggal dunia apabila sampai di
hospital.
Laporan bedah siasat juga mendapati mangsa telah dirogol.
Sementara itu bapa mangsa mendakwa anaknya telah dirogol oleh Pappu. Demi menuntut keadilan untuk mangsa, bapanya memfailkan kes itu ke mahkamah atas tuduhan menculik, merogol dan membunuh.
Sumber: Daily Mail