'Saya orang tua, macam mana nak pertahankan diri?' - Nenek cedera teruk dibelasah cucunya yang mabuk
Baru-baru ini viral di media sosial seorang wanita warga emas di Thailand
ditemui di tepi jalan raya dalam keadaan cedera dipercayai didera.
Menurut individu yang menemu wanita itu berkata, mangsa dibelasah
sehingga lebam dan dibuang oleh cucunya sendiri yang merupakan kaki botol.
Suspek seringkali membelasah neneknya apabila dia pulang ke rumah dalam
keadaan mabuk.
Oleh kerana tidak tahan diperlakukan seperti itu, mangsa nekad melarikan
diri dari rumah dan tidur di tepi jalan.
"Saya orang tua, apa yang saya boleh lakukan untuk mempertahankan diri?
Saya sudah tidak berdaya," katanya.
Berdasarkan gambar, jelas sekali mata mangsa bengkak dan tangannya luka
serta berlumuran darah.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
Sumber: Noodou, Ake Srisuwan