Curang, suami bunuh & potong alat sulit teman lelaki isterinya sebelum dicampak dalam api
Lelaki yang disyaki membunuh seorang anggota polis di Kalasin, Thailand,
telah ditahan pada 4 Februari selepas berjaya dikesan melalui video
rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Polis mendakwa, suspek yang dikenali sebagai Amornlak Jitkoh, 45, telah
merancang melakukan pembunuhan itu.
Suspek dituduh membakar kereta mangsa, Chamrat, bagi mengumpannya datang
ke lokasi kejadian sementara suspek bersembunyi di kawasan
berdekatan.
Di peluang yang ada, suspek terus keluar dan menikam mangsa sehingga
tidak sedarkan diri. Amornlak juga memotong alat sulit mangsa dan dicampak
ke dalam api.
Suspek juga sempat meminta mangsa memberitahu isterinya yang dia bernasib
baik dapat melepaskan diri darinya. Selain berharap isterinya dapat
menjaga anak mereka dengan baik.
Menurut keterangan dari jiran, suspek mungkin berasa cemburu selepas
mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.
Pada 2 Februari 2020, polis menemui mayat mangsa berusia 57 tahun yang
merupakan anggota dari Balai Polis Rongkham di Kalasin, dengan beberapa
kesan kecederaan termasuk luka dikelar di leher, tengkorak retak, 10 kesan
tikaman di abdomen dan alat sulitnya dipotong dalam kejadian yang berlaku
di rumah mangsa.
Sementara itu anak mangsa berkata, bapanya sebelum ini banyak
menghabiskan masa dengan isteri suspek di rumah lain. Wanita itu
memberitahu bapanya yang dia sudah bercerai. Namun setelah mangsa
mendapati wanita itu belum bercerai, dia memutuskan hubungan
mereka.
Anak mangsa percaya, wanita itu nekad mahu kembali bersama dengan bapanya
membuatkan suspek bengang dan mungkin disebabkan itu suspek bertindak
membunuh bapanya.
Sumber: Asia One