Sakit hati dipanggil 'Gemuk', suspek cekik & bakar rakan sekerjanya sehingga mati
Ali Heri Sanjaya, 27, ditahan di Banyuwangi, Indonesia selepas mayat
mangsa ditemui tiga hari selepas kejadian dalam keadaan yang
mengerikan.
Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifuddin, berkata, motif kejadian
adalah kerana sakit hati di mana mangsa yang juga merupakan rakan sekerja
suspek, selalu memanggil suspek "Boboho' kerana badannya gemuk sehingga
membuatkan suspek sakit hati.
"Kami percaya ia berlaku disebabkan suspek sakit hati dengan mangsa yang
selalu memanggilnya begitu," katanya.
Suspek turut mengaku melakukan pembunuhan itu dalam satu video viral di
media sosial.
"Hei, berselera betul kamu makan. Enak ye makanan itu?" soal polis yang
merakam video tersebut.
Suspek yang mulutnya penuh tidak dapat membalas pertanyaan anggota itu,
hanya sekadar mengangguk.
"Kamu tak ada perasaan ke walaupun dah bunuh dan bakar orang," soal polis
itu lagi.
DICEKIK SEBELUM DIBAKAR
Menurut keluarga mangsa, Rosida, 18, keluar dari rumah pada pagi Jumaat
untuk pergi bekerja. Namun mangsa tidak pulang beberapa hari membuatkan
keluarganya risau.
Tiga hari kemudian (25 Januari 2020), mayat mangsa ditemui seorang
pekebun, dalam keadaan hangus hampir keseluruhan badannya di atas timbunan
jerami.
Pada awal polis sukar mengesan identiti mangsa dan selepas dua hari
kemudian mereka berjaya identiti sebenar mangsa berdasarkan rekod
pergigian dan anggota badan dari data orang hilang.
Pemeriksaan mendapati ada kesan cekikan di leher dan polis percaya mangsa
telah dicekik sehingga mati sebelum dibakar suspek.
Suspek bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur
hidup.
Sumber: Sosok

